Di Printcious, anda boleh berkarya tanpa had sama ada dari segi umur mahupun gaya lukisan.

Pada bulan April dan Mei 2016 yang lalu, Printcious telah menganjurkan satu pertandingan seni lukisan, Printcious Art Contest (PAC). Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja yang sedang menetap di Asia Tenggara.


Kredit imej myMetro

Kami telah menjemput juri-juri khas daripada kumpulan syarikat ekosistem kreatif, Inmagine Group, untuk menilai setiap satu karya yang telah dihantar kepada kami.

Selain dari itu, orang ramai juga dijemput untuk memberikan undian mereka. 20 orang pemenang telah dipilih hasil dari pemarkahan oleh juri khas dan juga undian orang ramai.

Untuk meraikan 20 pemenang PAC, kami telah menganjurkan PAC Day. Ianya merupakan hari pameran seni amal yang berlangsung pada 23 Julai 2016 yang lepas di mana artis-artis boleh berkumpul untuk memberikan sumbangan kepada Persatuan Advokasi Diri Bermasalah Pembelajaran Selangor dan Kuala Lumpur.


Kredit imej myMetro

PAC Day juga telah disiarkan di myMetro pada 14 Ogos 2016. Kami berterima kasih kepada pihak Metro kerana sudi hadir untuk turut sama memeriahkan PAC Day.

Sekali lagi kami inging mengucapkan tahniah kepada semua pemenang PAC dan semoga anda terus berkarya secara kreatif di masa akan datang.


Kredit imej myMetro

Sehubungan dengan penghabisan PAC, Printcious telah melancarkan satu pelantar bagi artis-artis di Malaysia untuk menjual hasil karya mereka.

Printcious Designer Program telah direka dengan teliti setelah perbincangan selama beberapa bulan untuk membantu artis tanahair menaikkan kebolehdagangan karya mereka justeru memartabatkan karya seni mereka setanding artis-artis lain.

Dengan lebih 2000 produk yang telah disenaraikan di pasaran atas talian kami dan semakin berkembang setiap hari, Printcious mengalu-alukan kehadiran anda sebagai salah seorang peserta Designer Program kami.


Kredit imej myMetro

Apa yang anda perlu buat setelah menyertai Designer Program kami adalah memuatnaik karya anda ke laman sesawang kami kemudian reka produk anda yang unik dan tersendiri.

Setiap pesanan yang dilakukan untuk menempah produk anda akan kami uruskan. Anda hanya perlu menunggu hasil wang royalti anda daripada semua jualan yang berjaya.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila baca mengenainya di myMetro.

 

Facebook Comments