Blogger review by Ayuni Rafilah

Hadiahkan Hati Dalam Bentuk Seni Bersama Printcious

1

Tengok apa Pusheen jumpa dalam peti surat Ayuni… comel, kan?

2
Sehelai baju t-shirt dengan gambar chef biskut kentang merah jambu. Oh, biskut sudah habis dimakannya. Pusheen kelihatan seperti dia mahukan baju t-shirt ini juga.

3
Bukan itu sahaja, malah Ayuni juga menerima sebiji cawan kopi yang mempunyai logo Blogger Comel dan Santai. Tengok rekaannya. Nampak eksklusif sekali, kan?

4

Terima kasih banyak-banyak kepada Printcious yang telah memilih Ayuni sebagai pemenang dalam contest mereka bulan lalu. Tak sangka rekaan corak t-shirt Ayuni berjaya meraih hadiah. Rasa seronok betul dapat tengok hasil karya Ayuni dikeluarkan dalam bentuk t-shirt dan cawan oleh Printcious, terutama sekali dalam kualiti yang baik.

5

Jika anda mencari hadiah yang kreatif untuk sahabat atau orang tersayang, Printcious boleh memakbulkan hasrat anda dengan menyediakan cenderahati dalam bentuk t-shirt, cawan, lencana, pad tetikus, topi, bantal, sarung telefon dan pelbagai jenis produk lain mengikut pilihan. Hanya singgah di laman Printcious dan pilih hadiah yang sesuai tanpa perlu keluar cari kedai hadiah. Dalam masa 3-5 hari bekerja hadiah yang dipesan akan sampai di depan pintu anda atau orang yang ingin anda berikan hadiah tersebut. Mudah, kan?

Tak minat dengan rekaan sedia ada oleh artis-artis dalam Printcious? Anda boleh mereka sendiri corak yang anda mahu dan jadikannya hasil karya yang unik dan eksklusif… malah, jana pendapatan dengan menjual hasil karya anda melalui Printcious!

Inginkan t-shirt Cute Pink Potato Chef? Sila ke link ini: Cute Pink Potato Chef T-Shirt

 

Facebook Comments