1

  1. Could you elaborate about yourself? For example what you do for a living or as an artist.

Bolehkah anda menjelaskan lebih lanjut tentang diri anda? Sebagai contoh apa yang anda lakukan untuk hidup atau sebagai seorang artis.

After graduating around 2011 I worked independently (freelance) in the field of graphics for a year. Later, I began to migrate to Shah Alam and got involved in some new cartoon magazine. I also produced a number of comics published freely (DIY). I was working as a caricaturist and painter full time but still within the scope of working independently. Starting in 2013, I began seriously in the series where it Robolism that bring on me to this day.

Setelah tamat belajar sekitar tahun 2011 saya berkerja secara bebas sahaja (freelance) dalam bidang grafik selama setahun. Selepas itu mula berhijrah ke Shah Alam dan terlibat dalam beberapa majalah kartun baru. Saya turut menghasilkan beberapa komik yang diterbitkan secara bebas (diy). Saya berkerja sebagai karikaturis dan pelukis sepenuh masa tapi masih dalam skop berkerja bebas. Bermula 2013 saya mula serius dalam siri Robolism dimana ianya yang membawa saya hingga ke hari ini.

 

  1. Why did you choose to do you do what you do?

Mengapa anda memilih untuk melakukan kerjaya anda?

Each person may have an opinion and their own personal stand. To me, choosing to do the things we love is one of life’s greatest pleasure. When hobby becomes career, it’s a great thing. We will surely enjoy and persevere in the profession, as it is done with great interest and enthusiasm.

Setiap orang mungkin ada pendapat dan pendirian masing-masing. Bagi saya memilih melakukan perkara yang kita suka merupakan suatu kenikmatan dalam hidup. Bila hobi menjadi kerjaya ianya sesuatu yang hebat. Sudah pasti kita enjoy dan tekun dalam pekerjaan. Kerana ianya dilakukan dengan penuh minat dan kesungguhan.

 

  1. Who is your favourite artist and why?

Siapakan Artist kegemaran anda dan kenapa?

In field of comics and cartoons in the country I love all the old cartoonist 80s and 90s. Because of the work produced at the time was with limited resources but the result was amazing. Because of the art of other artists I respect all their hard work to this day. A foreign artist that I admire is Jim Mahfood because his works are beyond all the limits of the genre such as comic, canvas, merchandise and many more. He has a unique style, distinctive and inspiring.

Jika bidang komik dan kartun dalam negara saya meminati semua kartunis lama era 80an dan 90an. Kerana karya yang dihasilkan ketika itu dengan segala sumber rujukan yang terhad tapi hasilnya sangat mengagumkan. Kalau bidang seni lain saya hormati semua pengkarya yang bekerja keras sehingga ke hari ini. Artist luar negara yang diminat ialah Jim Mahfood kerana karya yang dihasilakan beliau melangkaui semua batasan genre seperti komik, kanvas, merchandise dan lain-lain.Style yang unik, tersendiri turut memberi inspirasi.

2

  1. What inspired you to work in the creative field?

Apa yang diilhamkan anda untuk bekerja dalam bidang kreatif?

I had always wanted to work in the creative scope even if independently. The inspiration came from the surrounding circumstances, friends and reading materials. Environmental conditions were places I always visited, traveled and want to visit. Reading the success stories of other artists also inspire me. Friends around who have the same interests and mission also affect us in the work as well.

Memang bercita-cita ingin berkerja dalam skop kreatif ini biarpun secara indiependent. Inspirasi datang dari keadaan sekeliling, kawan-kawan dan bahan pembacaan. Keadaan sekeliling merangkumi tempat yang selalu dikunjungi, dilalui dan ingin dikunjungi. Membaca kisah-kisah kejayaan artist lain juga memberi inspirasi kepada saya. Kawan-kawan sekeliling yang mempunyai minat dan misi yang sama turut mempengaruhi kita dalam berkarya juga.

 

  1. If you could choose any job in the art field, what would it be?

Jikalau anda boleh memilih apa-apa kerjaya dalam bidang seni, apakah kerjayaan itu?

If I could choose, I think what is done now in the best condition. I might want to bring my existing works to a better level and appreciated.

Kalau boleh pilih, saya rasa apa yang dilakukan sekarang sudah dalam keadaan terbaik. Mungkin ingin membawa karya sedia ada ke tahap yang lebih baik dan dihargai.

4

  1. What advice would you give someone that wants to start their career in the creative field?

Apakah nasihat yang akan anda berikan seseorang yang ingin memulakan kerjaya mereka dalam bidang kreatif?

Dare to go through all the obstacles and trials that lies ahead. Not all the things that we produce will be accepted. Make criticism as our passion to improve more. Try to make friends with as many as possible and try something new.

Berani menempuh segala halangan dan cubaan yang mendatang. Tidak semua perkara yang kita hasilkan akan diterima ramai. Jadikan kritikan sebagai semangat kita untuk lebih kedepan. Cuba berkawan dengan seramai mungkin dan cuba sesuatu yang baru.

 

  1. What career advice would you give someone that loves art but isn’t talented?

Apakah nasihat kerjaya yang akan anda berikan seseorang yang suka seni tetapi tidak berbakat?

Choose a career that you are passionate about that has nothing to do with art. I know many who make art as a hobby and second income from main employment. When you make art your hobby, you will enjoy it more than you would a job. Curator of the gallery is also suitable for those with interest in art but no talent as well as others. Making friends with people who produce art also gives tranquility.

Pilihlah kerjaya yang anda minati biarpun tidak ada kena mengena dengan art. Ramai yang saya kenali menjadikan art sebagai hobi dan pendapatan kedua daripada pekerjaan utama. Bila dijadikan hobi kita lebih suka dan passion terhadap hobi ini. Kurator galeri juga sesuai untuk mereka yang minat art tapi tiada bakat sebaik yang lain. Berkawan dengan rakan yang menghasilkan art juga mampu memberi ketenangan.

3

  1. What do you feel about having your artworks being printed on giftable merchandise?

Apa yang anda rasa tentang mempunyai karya seni anda dicetak ke atas barangan giftable?

I feel very happy and lucky because it is a way to market their own works to be known out there.

Saya berasa amat gembira dan bertuah kerana ianya merupakan salah satu cara untuk memasarkan hasil karya sendiri untuk lebih dikenali di luar sana.

 

  1. What do you think about PAC and its impact to the artist in Malaysia?

Apa yang anda fikir tentang PAC dan kesannya kepada artis di Malaysia?

In my opinion PAC is giving artists out there to showcase their creativity on this platform. Not everyone knows how to publish their artworks, therefore PAC is acting as a solution for artists. The benefits our local artists gets from PAC is to be a platform to gather talent that has been hidden and put them to light. The works of these artists will be more known and the artist themselves can exchange their respective information and views.

Pada pendapat saya PAC memberi peluang kepada mereka diluar sana untuk mempamerkan kreativiti masing-masing di platform ini. Tidak semua orang tahu untuk ke depan dengan hasil karya sendiri, setidaknya PAC menjadi penghubung kepada pendedahan ini. Kesannya kepada artis di Malaysia pula, PAC menjadi medan terhimpunnya bakat-bakat yang selama ini terpendam dapat dicungkil sebaiknya. Karya-karya artis ini akan lebih dikenali dan artis sendiri dapat bertukar pendapat dan pandangan masing-masing.

  1. Do you have any advice to the PAC participants?

Apakah nasihat anda terhadap peserta-peserta PAC?

My advice to participants, please work with enthusiasm and perseverance. Generate uniqueness in every work and when everyone who sees will definitely be impressed and take an interest in your work. Do not rush into setting up of a work and the best of luck to you all. Use artists and icons only as your inspiration instead of copying them. If you don’t, you will have no identity in the work. Use it for the best!!

Nasihat saya kepada peserta, sila hasilkan karya dengan penuh semangat dan tekun. Hasilkan keunikan dalam setiap karya dimana setiap orang yang melihat pasti kagum dan menaruh minat pada karya itu. Usah tergesa dalam menyiapkan sesuatu karya dan ini peluang terbaik untuk anda semua. Jadikan beberapa artist dan ikon didalam dan luar negara hanya sebagai inspirasi dalam berkarya dan bukannya cuba menjadi seperti mereka. Nanti anda sendiri yang akan tiada identiti dalam berkarya. Gunakan sebaiknya!!