Menjadi pengedar atau ejen perniagaan bukanlah satu perkara yang asing bagi rakyat Malaysia. Anda pasti tertanya-tanya apakah keuntungan disebalik menjadi seorang ejen perniagaan & mengapa begitu ramai yang sanggup menjadi pengedar produk. Sebelum perkara berikut diulas lebih lanjut, marilah kita pelajari dahulu apakah itu pengedar produk atau ejen perniagaan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN EJEN PERNIAGAAN?
Ejen perniagaan sering dikaitkan dengan perkataan ‘drop ship’. Drop ship merupakan satu konsep perniagaan yang lebih mudah berbanding perniagaan tradisional. Anda tidak perlukan gudang yang besar untuk menyimpan barang-barang anda & anda tidak perlu menanggung risiko barangan anda tidak mampu dihabiskan. Ini adalah disebabkan oleh fleksibiliti jual beli sebagai ejen perniagaan.

Ejen perniagaan tidak memerlukan pembelian stok produk yang terlalu banyak. Malah, apa yang anda perlu lakukan hanyalah pasarkan produk syarikat yang telah anda daftarkan diri sebagai ejen dan dapatkan keuntungan melalui hasil pemasaran anda. Anda sebagai ejen perniagaan akan menerima tempahan daripada pelanggan kemudian anda akan menempah produk dari syarikat asal. Syarikat asal akan menghantar produk terus kepada pelanggan. Sangat mudah, kan?

KELEBIHAN MENJADI EJEN PERNIAGAAN ‘DROP SHIP’
Sebagai ejen perniagaan, anda boleh mengaut keuntungan setimpal dengan strategi pemasaran anda. Jika hebat dan meriah promosi anda, maka makin lakulah produk jualan anda.

Modal Permulaan Rendah – Tak perlu habiskan ribuan malah jutaan ringgit hanya demi memulakan sebuah perniagaan. Mulakan langkah pertama perniagaan anda dengan selamat dan terancang dengan menjadi ejen perniagaan terlebih dahulu. Anda tidak perlu menyimpan stok berkotak-kotak banyaknya sehingga tak terjual.

Jual Beli Lebih Mudah – Oleh disebabkan anda tidak peru menyimpan stok, ini memudahkan gerak kerja anda sebagai ejen pemasaran kerana anda tidak perlu bersusah-payah mengangkut barang dan menghantar barang kepada pelanggan. Syarikat asal yang akan menyelesaikan segala urusan dari gudang sampai ke penghantaran. Anda hanya perlu pastikan bahawa strategi pemasaran anda sentiasa berjalan lancar.

Tumbesaran Syarikat Cepat – Oleh sebab modal perniagaan yang diperlukan amatlah rendah berbanding perniagaan tradisional, anda dengan mudahnya boleh mempelbagaikan servis yang ditwarkan sekaligus menambah pendapatan secara berlipat ganda hasil keuntungan dari jualan produk yang pelbagai.

JADILAH EJEN PERNIAGAAN PRINTCIOUS
Satu-satunya perniagaan ‘drop ship’ yang tinggi kebolehpasarannya kerana anda boleh menempah khas setiap satu daripada produk anda. Sesuai untuk semua jenis peniaga dan juga perniagaan sebagai satu cabang penambahan nilai. Jika anda mempunyai sebuah perniagaan yang berkait rapat dengan hadiah, studio gambar, butik pengantin, karyawan, kedai bunga mahupun kedai jualan kereta atau insuran, program ‘drop ship’ Printcious amatlah menguntungkan sebagai nilai tambahan.

LANGKAH MUDAH UNTUK JALANKAN PERNIAGAAN ‘DROP SHIP’ ANDA
Apa yang anda perlu lakukan sekarang hanyalah mendaftar sebagai ejen perniagan di Printcious. Lakukan tambah nilai buat pertama kali untuk mula menempah produk dengan harga borong. Jangan lupa pasarkan produk anda kepada keluarga tersayang dan rakan-taulan! Bukan itu sahaja, jika anda menambah top up RM100 di dalam akaun anda, anda akan diberikan kredit tambahan sebanyak RM100 secara PERCUMA!
Dengan adanya sistem dropship ini, kerja anda akan menjadi lebih mudah kerana anda hanya perlu buat promosi dan mengambil pesanan daripada Printcious untuk dihantar terus kepada pelanggan tanpa menyimpan stok! Jangan ketinggalan dalam peluang perniagaan yang mempunyai modal permulaan rendah, jual beli mudah dan peluang tumbesaran syarikat yang cepat.

Apa tunggu lagi, Printcious Dealer Program menanti anda di sini.

 

Facebook Comments