Blogger review by Nurfuzie.

Servis Printcious.Com Terbaik | Printcious.Com yang sinonim menggunakan tagline Precious Gifts From Your Heart menyediakan perkhidmatan percetakan lebih dari 200 Hadiah DIY barangan seperti T-shirt, cawan, puzzle, cover telefon, kusyen, mousepads, rantai kunci dan lain-lain dengan gambar dan ayat direka oleh kita sendiri untuk semua pemberian istimewa seperti harijadi, perkahwinan, ulang tahun atau acara korporat. Korang boleh baca entri lengkap di Hadiah Istimewa Untuk Yang Tersayang.

Untuk membuktikan Printcious.Com mempunyai produk yang berkualiti dan merupakan shopping online yang dipercayai, Cik En telah menempah 3 barangan berikut dari Printcious.Com pada 11 Januari 2016 Jam 17:28.

Sangat mengejutkan tempahan yang dibuat telah Cik En terima pada 13 Januari 2016 jam 10:00 menggunakan SkyNet. Dalam masa 2 hari, barangan yang ditempah di Printcious.Com sampai ke tangan Cik En. Ini kalau kes emergency beli hadiah boleh menggunakan khidmat mereka tau!

Cik En bagi 20/20 untuk servis mereka. Seterusnya kita tengok pula barangan yang mereka hantar. Berkualiti ke?

Mug ini Cik En DIY dengan gambar cik en semasa Cik En pergi ke Pusat Ekologi Vale, Lumut, Perak. Jadi Cik En memilih basic mug dan DIY kan sendiri semasa tempahan. Warna hijau boleh ditukar ke warna pilihan hati korang sendiri. Untuk ikutkan tema, Cik En menggunakan warna hijau. Berkualiti dan kemas cetakan mereka dan Cik En mampu melihat setiap celahan pokok di mug tersebut. Sayang pula nk guna.  Yang ini Cik En beri 20/20 juga.

1-web

Ini pula barangan kedua yang Cik En pilih, Ceramic Tile. Ini pun DIY juga dan Cik En memilih gambar yang mempunyai lirik lagu kesukaan Cik En. Walaupun tulisan nampak kabur kabur tapi cik en dapat baca setiap barisan ayat tersebut. Dan sengaja Cik En memilih style begini untuk menguji Printcious.Com. Adakah peralatan yang mereka gunakan mampu menghasilkan Ceramic Tile yang Cik En inginkan, terang dan tidak kabur. Dan TAHNIAH Printcious.Com kerana hasil yang diberi sangat memuaskan hati Cik En. Gambar sangat berKUALITI. Cik En kasi 20/20 juga.

2-web

Barangan ketiga ini adalah Mousepad. DIY juga dan menggunakan gambar MR BARNEY Cik En. Barangannya berkualiti. Tebal dan keliling mousepad nampaknya kemas. Cuma Cik En berharap tidaklah terbelah. Jika Printcious.Com boleh jahitkan dikeliling tepi mousepad mungkin boleh tingkatkan kualiti mousepad untuk dipakai untuk jangka masa yang panjang. Yang ini Cik En bagi 19/20.

3-web

Barangan yang dihantar dibalut dengan kemas dan padat. Barangan kaca sangat sentitif. Iyela, perjalanan jauh dan kemungkinan barangan pecah itu ada, jadi Printcious.Com menggunakan kaedah pembungkusan yang selamat untuk menjaga barangan pelanggan mereka.

4-web

Harga yang mereka tawarkan? Berpatutan dan seiring dengan produk dan kualiti mereka. Cik En rasa berbaloi untuk mereka ingin mencuba. Untuk harga Cik En bagi 19/20.

Kesimpulannya Printcious.Com ini Cik En akan beri:

Servis : 20/20
Mug : 20/20
Ceramic Tile : 20/20
Mousepad : 19/20
Harga : 19/20

Keseluruhannya Cik En bagi 98/100 untuk review servis dan barangan dari Printcious.Com ini. Korang hendak cuba ke barangan dari Printcious.Com ini?

Korang boleh layari di

http://www.printcious.com/
https://www.facebook.com/printcious
019-3233532

Address:
No. 30, First Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Working Hours:
Mon – Fri (9:00am – 6:00pm)
Sat (9:00am – 1:00pm)
Sun & Public Holiday (Closed)

Facebook Comments