Apabila melihat ke dalam cermin, kadangkala kita akan tersenyum sendiri memikirkan bagaimana agaknya rupa kita jika kita merubah sesuatu. Cuba anda bayangkan rupa anda seperti sebuah lukisan yang boleh dipadam dan diolah semula. Mungkin anda boleh lukis hidung anda lebih mancung dan dahi anda lebih luas.

Contoh karikatur yang diolah menjadi kemeja unikcari1Gambar dari bienvenidoalinternet.net

Tidak kira apa yang anda bayangkan semasa memandang ke arah cermin, kami pasti anda mampu tergelak sendiri akibat bayangan yang menggelikan hati dan menggeletek jiwa. Jangan risau, kadangkala kami di Printcious juga begitu.

Cetak gambar si comel anda ke dalam phone cases dan jubin seramik!cari2
cari5Gambar dari bookofstephen.xyz

Oleh sebab itu, kami amat gemar dengan konsep seni karikatur. Karikatur mengambil aspek-aspek yang ada dalam sesebuah subjek dan merubahnya menjadi lebih ekstrim sama ada melalui perubahan saiz atau rupa.

Karya seni karikatur bukan sahaja boleh membuat anda senyum tapi boleh diabadikan ke atas objek untuk digunakan sebagai perhiasan atau barang kegunaan harian. Cuba bayangkan muka anda yang telah diubah menjadi seni karikatur dicetak ke atas cawan minuman anda atau bantal di bilik tidur anda.

Sukakan cawan unik yang dihiasi dengan muka anda?
cari-11
Imej dari chrischua.deviantart.com

Kami sering berasa teruja melihat pelukis seni karikatur ketika mereka sedang beraksi. Mengubah objek hidup kepada lukisan dalam masa yang singkat pastinya bukan sesuatu yang senang dipelajari dan merupakan bakat yang harus diasah secara berterusan.

Jika anda merupakan pelukis seni karikatur, jangan lepaskan peluang untuk melebarkan sayap anda bukan sahaja di dalam bidang lukisan tetapi di dalam bidang perniagaan. Anda boleh mengimbas gambar yang telah anda lukis dan muat naik ke dalam laman sesawang Printcious untuk membuat pesanan.

Lukis, cetak dan gantungkan kanvas di dinding rumah anda!
cari13Gambar dari caricature.co.uk

Abadikan seni anda ke atas barangan seperti kanvas, bantal, cawan dan jubin seramik untuk menambat hati lebih ramai pelanggan.

Kalau anda memiliki lukisan karikatur yang anda sayangi, jangan lupa untuk mengolahnya menjadi hadiah atau perhiasan yang bermakna di Printcious. Kami akan pastikan setiap cetakan yang dilakukan adalah atas permintaan sahaja untuk memastikan kualiti setiap produk kami.

 

Facebook Comments