1.Apa itu Program Drop shipping T-shirt?

Program Drop Shipping T-shirt adalah merupakan sebuah program yang mana anda boleh menjadi agen dropship dan mula menjual pelbagai jenis rekaan t-shirt cotton daripada laman web kami. Anda juga boleh reka t-shirt anda sendiri dan mulakan bisnes t-shirt anda!

2. Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai agen dropship?

a. Daftar akaun anda di https://www.printcious.com/my/member/login
b. Maklumkan kepada admin selepas mendaftar dan berikan maklumat seperti nama penuh dan alamat e-mail untuk menerima voucher code

3. Perlu ke saya bayar untuk menjadi agen?

Tidak. Pendaftaran adalah percuma dan anda boleh daftar pada bila-bila masa.

4. T-shirt apa yang boleh saya jual?

Anda boleh menjual readymade cotton t-shirt yang terdapat di dalam laman web kami.
KLIK disini : https://www.printcious.com/my/shop/t-shirts/cotton
atau reka t-shirt anda dengan mudah di
KLIK disini : https://www.printcious.com/my/create/t-shirts/cotton/basic-cotton-89

5. Adakah saya perlu simpan stok?

Tidak perlu. Kerja anda mudah sahaja. Anda hanya perlu mengambil pesanan t-shirt daripada pelanggan anda, buat pesanan di laman web kami dan buat pembayaran. Kami akan uruskan pengeposan.

6. Apa itu voucher code dan kenapa saya perlu gunakannya?

Setiap drop shipper akan menerima sebuah voucher code unik untuk anda gunakan apabila membuat pembelian t-shirt. Jangan lupa masukkan voucher code pada bahagian kotak di sebelah kanan sewaktu anda Check Out untuk anda mendapat harga drop shipper.

7. Bagaimana nak customise t-shirt?

a. Pilih t-shirt di https://www.printcious.com/my/shop/t-shirts/cotton
b. Klik butang Customise this Design
c. Klik butang Start Designing
d. Tambah teks / imej
e. Klik pada butang Done untuk melihat previu rekaan anda
f. Anda boleh Add to Cart atau pilih untuk Edit My Design Again

8. Kalau saya nak reka t-shirt saya sendiri, bagaimana?

a. Pergi ke halaman https://www.printcious.com/my/create/t-shirts/cotton/basic-cotton-89
b. Klik pada Start Designing
c. Tambah teks / imej
d. Klik pada butang Done untuk melihat previu rekaan anda
e. Anda boleh Add to Cart atau pilih untuk Edit My Design Again

9. Dimana saya boleh ambil gambar untuk promosikan t-shirt saya?

Anda boleh mengambil gambar di laman web ini https://www.printcious.com/my/shop/t-shirts/cotton dan di Group Telegram: https://t.me/printcioustee

10. Berapa harga penghantaran dan berapa tempoh masa untuk pelanggan saya terima barangan?

Sila rujuk jadual di bawah untuk harga penghantaran dan tempoh masa.

Kawasan Tempoh Penghantaran Harga (RM)
Semenanjung 2- 4 hari (Produksi + penghantaran)
mengikut lokasi dan tertakluk pada musim puncak
8.00
Sabah dan Sarawak 2- 6 hari (Produksi + penghantaran)
mengikut lokasi dan tertakluk pada musim puncak
15.00

11. Adakah drop shipper akan mendapat tracking number? Sekiranya terdapat masalah dengan penghantaran, bolehkah khidmat pelanggan anda menyelesaikan masalah tersebut?

Kami menyediakan tracking number untuk setiap penghantaran. Selepas anda membuat pesanan, anda akan menerima email dengan nombor tracking dan boleh berikan kepada pelanggan anda.
PERHATIAN: Setiap drop shipper BERTANGGUNGJAWAB untuk track setiap pesanan pelanggan mereka. Sekiranya terdapat masalah dengan barangan seperti masalah cetakan dan sebagainya sahaja, boleh terus hubungi khidmat pelanggan kami dengan cara di bawah:-

> email : ask@printcious.com
> fb messenger : https://www.facebook.com/messages/t/printcious

12. Adakah saya dilindungi sebagai drop shipper?

Ya. Bagi memastikan perniagaan drop shipping anda berjalan lancar dan melindungi perniagaan anda, setiap produk anda akan dibungkus dengan kotak bungkusan yang tidak mempunyai logo kami.

13. Bolehkah saya tentukan keuntungan saya sendiri?

Sudah tentu! Kami mempunyai harga istimewa untuk drop shipper kami. Anda boleh memilih untuk menjual pada harga yang anda sendiri tetapkan.

14. Boleh ke saya dapat reward sekiranya target jualan tercapai?

Kami sediakan reward atau bonus buat semua drop shipper kami sekiranya anda berjaya mencapai target jualan setiap bulan. Kami akan berikan anda 10% komisien dengan jualan RM500 atau 20 + helai t-shirt setiap bulan.

15. Kenapa saya dah tak boleh gunakan voucher code?

Voucher anda tidak lagi boleh digunakan kerana anda tidak aktif (tidak membuat pesanan, tidak menggunakan voucher code) dalam tempoh tiga bulan. Sila DM admin sekiranya anda ingin aktif semula.

Anda masih mempunyai sebarang pertanyaan?
Boleh terus ajukan soalan dan pertanyaan di GROUP SUPPORT kami di Telegram
KLIK SINI: > https://t.me/joinchat/MiVxkxTkliX6-Nf41YpcYQ