Message us

Diskaun 40% OFF dan
penghantaran percuma atas RM 50 hari ini!


Dapatkan Pad Tetikus Unik Disini

Pilih & Hasilkan Mousepads Anda Di sini

REKA PAD TETIKUS DENGAN REKAAN TERBAIK HARI INI DI MALAYSIA

Berasa bosan sewaktu berkerja? Lebih-lebih lagi apabila tempat kerja anda berada dalam keadaan yang tidak menarik dan menyenangkan? Mari dapatkan pad tetikus dengan pelbagai rekaan menarik dan unik untuk menceriakan hari anda. Layari Printcious dan dapatkan pad tetikus rekaan unik kami dengan harga yang berpatutan untuk anda di Malaysia. 

Dapatkan pad tetikus khas daripada kami yang bukan sahaja membantu melindungi tetikus anda dan permukaan meja anda daripada tercalar, malah rekaan pad tetikus kami boleh diolah dan direka khas secara atas talian walau dimana jua anda berada. Apa jua rekaan yang anda inginkan untuk menceriakan hari anda, kami mempunyai segalanya yang anda impikan. Kami berasa bangga apabila dapat memperkenalkan kepada anda percetakan pad tetikus dengan rekaan khas hanya untuk anda di Malaysia.

Pad tetikus kami ini memang sesuai untuk dijadikan hadiah buat sesiapa sahaja di Malaysia. Malah, anda boleh memberi satu kejutan buat teman sekerja anda apabila anda menghadiahkan beliau dengan personalised pad tetikus dengan ucapan ringkas kepadanya. Bukan itu sahaja, pad tetikus kami ini boleh dihadiahkan pada bila-bila masa, tidak kira apa jua hari istimewa dalam hidup anda; sambutan hari jadi untuk lelaki, ulangtahun dan bermacam lagi. Anda juga boleh mendapatkan pad tetikus rekaan comel buat si dia ataupun kepada teman wanita anda.

Pad tetikus juga amat penting buat seorang yang gemar bermain permainan video. Antara ciri pad tetikus terbaik buat gamers ini ialah pad tetikus yang berkualiti tinggi dan juga tahan lasak. Justeru, kami turut mempunyai koleksi pad tetikus untuk gamer yang anda sendiri boleh hias dengan pelbagai rekaan dan watak permainan kegemaran anda.

Tahukah anda bahawa kami turut mempunyai seleksi pad tetikus dengan saiz dan bentuk berbeza? Layari laman web kami dan dapatkan pad tetikus bergambar dengan pelbagai pilihan rekaan dan muat naik gambar untuk dicetak pada pad tetikus kami. Apa tunggu lagi! Dapatkan pad tetikus eksklusif kami sekarang.