Message us

Diskaun 40% OFF dan
penghantaran percuma atas RM 60 hari ini!


Reka Kemeja-T Grafik Anda Sendiri

Pilih & Hasilkan Kemeja-T Anda Di sini

Warna tersedia:
  • Putih
  • Hitam
Saiz tersedia:
S, M, L, XL, 2XL, 3XL
Warna tersedia:
  • Putih

Saiz tersedia:
S, M, L, XL, 2XL
Warna tersedia:
  • Putih
Saiz tersedia:
S, M, L

REKALAH KEMEJA-T IDAMAN ANDA HANYA DI MALAYSIA

Siapa sahaja yang tidak menyukai baju kemeja-t dengan rekaan yang menarik dan menawan? Kami di Printcious mempunyai koleksi kemeja-t menarik buat sesiapa sahaja baik lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak atau remaja. Ingin tahu mengapa kemeja-t kami mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia? Kemeja-t kami boleh diubah suai dan direka oleh anda untuk diri anda sendiri atau sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang di Malaysia.

Kreativiti tidak mengenal sempadan. Mengapa tidak anda serlahkan bakat dan kreativiti anda bersama Printcious dalam menghias kemeja-t anda sendiri secara atas talian? Anda mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mengubah suai kemeja-t dengan online design tools kami yang mana anda boleh menambah gambar, rekaan, dan juga apa jua teks pilihan. Tools kami membolehkan anda untuk membuat baju grafik kemeja-t anda sendiri dan anda juga boleh menjadikannya hadiah istimewa buat sesiapa di dalam Malaysia mahupun luar negara. Anda boleh melihat koleksi kami dengan lebih lanjut di kategori koleksi rekaan kemeja-t grafik.

Tahukah anda kemeja-t dengan rekaan tersendiri merupakan kemeja-t yang boleh digunakan pada apa jua acara atau perayaan? Sekiranya anda sedang mencari sebuah kemeja-t yang melambangkan peribadi dan personaliti anda, kemeja-t rekaan khas kami pastinya akan membuat setiap mata yang memandangnya terpesona. Sekiranya anda memerlukan inspirasi untuk menghasilkan kemeja-t buat si dia, mari lihat koleksi kami seperti di kemeja-t lelaki terkini dan baju kemeja-t perempuan terkini. Buat kejutan kepada yang tersayang dengan rangkaian kemeja-t eksklusif daripada kami di Printcious. 

Sama ada anda ingin menghasilkan sebuah kemeja-t untuk acara istimewa seperti untuk hari keluarga ataupun hari sukan dengan rekaan khas untuk ahli keluarga anda di Malaysia, kami ada jalan penyelesaiannya, Kami menyediakan pelbagai koleksi grafik dan font tulisan untuk anda menghias kemeja-t mengikut kemahuan anda. Anda juga boleh mereka baju kemeja-t kanak-kanak untuk ahli keluarga anda yang masih kecil. 

Kemeja-t dengan rekaan tersendiri adalah sebuah cara terbaik untuk anda mempromosikan jenama anda terutamanya apabila anda menghiasnya dengan logo syarikat anda. Kami tidak mempunyai jumlah tempahan secara minimum apabila anda membeli dengan kami. Sila layari laman web kami untuk tempahan kemeja-t murah borong untuk maklumat lanjut. 

Show Sign Up Message
Get Your Cash Voucher
Up to RM 20 Here !