Message us

Diskaun 40% OFF dan
penghantaran percuma atas RM 70 hari ini!


Bendera Meja Peribadi Serbaguna di {Country}

Pilih & Hasilkan Bendera Meja Anda Di sini

Tak mungkin akan berkibar bendera tanpa angin yang bertiupan kencang. Terpacak di atas tiang bendera menanti tiupan angin yang bakal memberi sayap kepada mereka untuk berkibar dengan megahnya. Seperti setiap Isnin, perhimpunan yang bakal menghadirkan semua murid dari setiap darjah dan kelas di Malaysia. Demi menanam semangat patriotik di dalam setiap pelajar, didik mereka tentang sejarah negara mereka dengan membuat lakon semula peristiwa-peristiwa penting di dalam sejarah dimana setiap kumpulan akan diwakili dengan bendera mereka, sama ada Jepun, Belanda, Inggeris mahupun Komunis pasti akan melahirkan suasana pembelajaran yang sangat menarik dan efektif. Gunakan alat reka cipta produk kami untuk menzahirkan idea dan kreativiti anda untuk merealisasikan bendera meja reka sendiri anda. 

Terdapat lebih kurang 195 bendera di dalam dunia. Untuk mengingati setiap satu mesti susah, lebih-lebih lagi jika anda langsung tak kenal mereka. Satu permainan ala-ala Command & Conquer boleh dibuat, dengan setiap orang mewakili negara masing-masing dan mereka boleh menggunakan kelebihan yang terdapat di negara mereka untuk memenangi lebih banyak jajahan dan menang. Mereka hanya perlu bendera meja reka sendiri untuk memulakan permainan, termasuk sekali beberapa penyelidikan ringkas untuk mengenali serba sedikit tentang negara pilihan mereka.

Tanggal 31 Ogos pada tahun 1957 menandakan berakhirnya sebuah penjajahan ke atas tanah air kita. Bermulalah kisah sebuah negara yang baru dapat merasa kebebasan untuk membangunkan negara yang memenangkan hak rakyat dan secara langsung menaikkan taraf hidup semua. Hari yang bersejarah ini seringkali menyaksikan banyak bendera-bendera kecil tergantung di tiang lampu mahupun dilekatkan di atas kereta masing-masing. Berbilang kaum dan bangsa bergabung yang tidak lama kemudian dinamakan Malaysia. Masih di dalam proses mengenali satu sama lain, jika setiap orang boleh reka cipta hadiah sendiri, mungkin kita boleh mengenali satu sama lain dengan lebih rapat di Malaysia.

 

Show Sign Up Message
Show Exit Subscription Pop Up