Message us

Diskaun 40% OFF dan
penghantaran percuma atas RM 60.00 hari ini!


Nikmati Saat Terindah dengan Sebuah Lapik Minuman yang Eksklusif

DAPATKAN LAPIK GELAS KHAS UNTUK MELINDUNGI MEJA ANDA HANYA DI MALAYSIA

Lapik minuman yang mudah didapati di mana-mana kedai di Malaysia boleh membantu melindungi permukaan meja anda daripada terkena calar. Tapi, kebanyakan lapik minuman ini mempunyai rekaan biasa yang mungkin membosankan pengguna. Jadi, Printcious ingin memberikan sebuah solusi untuk anda mendapat lapik gelas yang bukan sahaja cantik tetapi memberi perlindungan yang berpanjangan untuk perabot anda. Berita baik buat anda yang mempunyai keinginan untuk memiliki lapik gelas yang unik! Anda kini boleh membuat lapis gelas sendiri secara atas talian eksklusif daripada kami.

Rekaan lapis gelas berinspirasi bukan sahaja menarik malah ianya juga boleh memberi motivasi dan inspirasi buat penggunanya. Cuba anda bayangkan mempunyai lapik gelas dengan paparan mesej inspirasi dan kata-kata motivasi? Pastinya hari-hari akan menjadi lebih ceria dan bersemangat! Malah, lapik gelas juga boleh menambat hati para tetamu anda. Lebih-lebih lagi apabila warga Malaysia cukup dikenali dengan sifat ramah dan rajin melayan tetamu, lapik gelas dengan rekaan khas pastinya sangat berguna untuk digunakan oleh para tetamu untuk meletakkan minuman mereka. 

Tidak ramai pengguna di Malaysia yang menggunakan coaster minuman. Namun, ianya bukanlah satu alasan untuk anda tidak memiliki coaster anda sendiri yang cukup unik dan mempunyai kepelbagaian fungsi. Malah, dengan kelebihan untuk menghasilkan rekaan coaster anda sendiri, anda kini boleh memiliki lapik gelas istimewa untuk rumah anda yang anda boleh hasilkan dengan tema dan citarasa anda. Tidak kira apa jua perayaan ataupun upacara, lapik gelas kami boleh direka mengikut kesesuaian dan kemahuan anda.

Lapik gelas kami datang dengan dua jenis saiz yang anda boleh pilih dan rekakan semahu anda! Pilihlah lapik minuman bulat kami yang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat sesiapa sahaja. Malah, ianya juga adalah merupakan sebuah alat pemasaran yang efektif untuk syarikat anda. Anda boleh menghiasi lapik gelas kami untuk memaparkan logo syarikat anda atau jenama anda dengan mudah sebagai satu cara yang amat menarik untuk penjenamaan syarikat anda di Malaysia.

Show Sign Up Message
Get Your Cash Voucher
Up to RM 60 Here !