Message us

Diskaun 55% OFF dan
penghantaran percuma atas RM 70 hari ini!


Dapatkan Pelekat Serbaguna untuk Kegunaan Peribadi Anda

UBAHSUAI REKAAN UNTUK PELEKAT SERBAGUNA UNTUK LAPTOP ANDA DI MALAYSIA

Salah satu trend pada masa kini di Malaysia adalah sticker atau pelekat yang anda lekatkan di laptop. Kenapa ianya trend yang viral? Mungkin kerana hampir keseluruhan warga muda remaja di negara kita mempunyai laptop. Dan seperti mana kita selalu melihat button badge yang menarik di beg atau baju jaket, sticker laptop mempunyai tujuan yang sama: memberikan keunikan personaliti tersendiri.

Jadi, sekiranya anda mempunyai idea untuk mereka cipta sticker anda sendiri, anda boleh menggunakan khidmat Printcious untuk mencetakkannya untuk anda. Ataupun anda boleh mengubahsuai rekaan yang sedia ada di laman web kami untuk anda yang berada di Malaysia. Kami telahpun menyediakan rekaan yang menarik untuk pelbagai jenis pelekat serbaguna kami. Sebagai contoh, anda boleh melihat rekaan yang kami sediakan untuk sticker berbentuk hati dan sticker berbentuk segi empat.

Setelah anda mencetak sticker laptop di Printcious, jangan lupakan rakan-rakan anda yang lain. Tahukah anda bahawa pelekat serbaguna kami boleh dijadikan hadiah buatan sendiri? Jikalau anda mereka cipta hadiah di laman web kami, pastinya anda akan dapat mencipta hadiah unik untuk sahabat baik anda di Malaysia.

Apa kata anda reka cipta sticker laptop yang sama untuk rakan-rakan karib anda. Sama ada di universiti atau di tempat kerja, semua orang mempunyai laptop mereka masing-masing bukan? Jadi, dapatkan hadiah yang mereka pasti akan gunakan. Ayuhlah ke Printcious Malaysia sekarang untuk mendapatkan sticker laptop dari kami!

Show Sign Up Message
Show Exit Subscription Pop Up