Message us

Diskaun 55% OFF dan
penghantaran percuma atas RM 70 hari ini!


Kibarkan Bendera Meja Unik di Malaysia

Sama ada anda bernaung di bawah bendera Union Jack, Itali, Amerika, Australia mahupun bendera yang anda reka sendiri. Suatu bendera melambangkan sesebuah negara kerana keunikan mereka tersendiri seperti Kanada dengan gambar ‘maple leaf' tertera di atas bendera mereka dan juga bendera Amerika dengan setiap bintang di atas bendera mereka mewakili setiap daerah yang terdapat di negara tersebut. Secara umumnya, orang ingin melihat bendera mereka berkibar megah di atas tiang bendera tapi malang sekali cuaca sering berubah-ubah. Untuk memastikan bendera anda kekal berkibar tanpa bergantung pada perubahan cuaca, boleh dapatkan bendera meja reka sendiri dan biarkan mereka berkibar meskipun dengan tiupan angin dari kipas kecil di dalam ofis anda di Malaysia.

Tak semestinya mereka perlu digunakan untuk hiasan bila mereka sangatlah sesuai untuk dijadikan permainan parti anda di Malaysia. Mungkin juga permainan ‘Capture the Flag' ala-ala permainan video suatu ketika dulu ‘Counter Strike' tapi dengan menggunakan tangan bukan pistol. Lancarkan permainan anda sendiri, bermula dengan mereka cipta bendera meja kecil anda sendiri di mana anda boleh memuatnaik dan cetak seberapa banyak rekaan yang anda inginkan dengan menggunakan mesin cetak atas talian kami.

Menarik tak? Kalau anda dapat mendidik kanak-kanak tentang glob dunia dengan menggunakan benderea-bendera kecil yang wujud di bumi ini. Lagi menarik jika anda dapat mencetak peta dunia di atas satu kanvas besar ataupun ‘bunting' (panji-panji) untuk dijadikan suatu permainan yang baru. Tampak lebih menarik dari membaca buku teks geografi atau sejarah. Anda boleh juga gunakan mereka untuk acara hari sukan, di mana semua peserta akan diagih-agihkan mengikut rumah sukan masing-masing dan dengan kehadiran ratusan peserta akan mewujudkan suasana kelam kabut. Untuk melancarkan keadaan, anda boleh letak bendera meja kecil sebagai penanda supaya semua peserta dapat tahu di mana mereka perlu pergi untuk mendaftar. Tambahan pula, anda boleh mereka cipta desain anda sendiri, hari sukan anda akan menjadi sungguh hebat di Malaysia.

 

Show Sign Up Message
Show Exit Subscription Pop Up