Pernah atau tidak anda berasa sedih? Mesti anda ingin mencari sesuatu yang boleh mengubati kesedihan anda bukan. Banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk kembali riang. Antaranya adalah dengan berjumpa kawan, beramah mesra bersama keluarga, menonton sitkom dan boleh juga membaca komik yang lucu.
Anda tahu atau tidak apabila kita gelak, kita mampu memberi aura positif kepada badan dan minda kita? Jadi ini 4 manfaat ketawa kepada manusia.
Ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekali gus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.
Ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu. Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda. Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.
Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan. Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara. Ia juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.
Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi. Jadi, jangan bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak. Ia akan menjadikan anda lebih disenangi.
Bagi anda ingin mendapatkan bahan jenaka melalui pembacaan, artikel ini sangat sesuai dengan anda. Kami kongsikan 50 koleksi ayat lawak yang mencuit hati. Tapi ada juga yang cringe tau!
1) lumrah berkawan banyak dugaan,
biarpun jauh tetap di ingatan,
mesej dengan call jadi hubungan,
itulah pengikat kasih persahabatan.
2) kalau boleh i nak pos semua rindu nie dekat you,
tapi posmen kata rindu ni besar sanagat,
sampai nak terbalik motor dia.
3) dimana ku nak berikan hati ini,
yang sudah lama menyendiri,
adakah nasibku memang sebegini,
hidup dalam sepi,
tiada yang mahu menemani tatkala sepi.
4) cinta berpegang pada janji,
janji berpegang pada kasih,
kasih berpegang pada kesetiaan,
tapi awak apa?
berpegang pada handphone je.
5) Atok : cu, pegi menyorok cepat cikgu kamu datang sebab kamu tak pi sekolah hari ini.
Cucu : atok la pi menyorok.
Atok : awat pulak hang ni?
Cucu : sebab saya bagitau cikgu saya tak datang sekolah sebab atok meninggal
Atok : good job my grandson, hang memang pandai buat lawak..
6) dalam mimpi ku terbayang wajahmu,
aaduhai manis pandang tak jemu,
suaramu merdu bak buluh perindu,
tapi sayang rambutmu berkutu,
badan pula berbau lembu,
namun kau tetap kawanku.
7) bila dirimu merasa sukar.
pandanglah pada bintang
yang paling terang sinarnya.
percaya pada hati bahawa
anda kan nampak.
Ultramen sedang tersenyum
hehehe.
8) ku tanam sayang, tapi di sakiti,
ku tanam cinta, tapi di khianati,
ku tanam rindu, tapi tak dihargai,
akhirnya ku tanam ''BOM'' biar semua mati.
9) bila awak senyum, cantiknya,
bila awak ketawa, saya happy sangat,
bila awak marah, saya takut la,
bila awak diam, emm sunyinya,
10) langit takut kehilangan "BINTANG"
laut takut kehilangan "OMBAK"
mentari takut kehilangan "SINARNYA"
begitu juga diriku yang takut kehilangan "DIRIMU"
11) dia paksa saya, dia kata tak sakit,,
dia suruh saya buka, jadi saya buka lah lepas tu,,
dia masukkan... SAKIT !!!
bila dia cabut ade darah..
tak guna punya doktor gigi !!!
12) persaudaraan kita amat bermakna bagiku,
kau ketawa, aku ketawa, kau menangis, aku menangis, kau.
terjun bagunan, aku tengok bawah &
menjerit " fuyoo... confirm mati"
membentuk cintaa abadi dan apapun rintangan melanda.
ku harap kita tempuh bersama.
seandainya kau dan aku berjauhan.
13) bunga yang cantik jadi idaman,
wanita yang cantik jadi buruan,
bunga yang wangi jadi tumpuan,
wanita yang berakhlak jadi perhatian,
14) jika hati sejernih air jangan biarkan ia keruh,
jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,
jika hati seindah bulan hiasi ia dengan bintang2
jika dirimu mempunyai kekasih jagalah dia agar
selalu mencintaimu untuk selama-lamanya.
15) kerana sayang terbitnya cemburu
kerana cinta jadinya keliru
kerana kasih adanya rindu
cubalah setia pada kekasihmu.
16) semalam saya pergi hospital... doktor ckp hati saya sakit,
saya ckp mana ada sakit .... saya tak ada penyakit hati,
lepas tu doktor pun buat x-ray... tengok2 kat hati saya ada nama awak.
tapi jangan terkejut.. nak tau tak doktor tu ckp apa?
dia cakap nak operate saya.. nak ganti dengan hati lain.
saya cakap tak nak tukar hati.. biar hati sakit janji nama awak ada kat situ kat hati saya.
17) saya ada gunting, gunting tu saya guna untuk mengunting,,
pernah juga terkena gunting tu tapi tak sakit pun,,
gunting tu dah berkarat so saya simpan die dalam laci...
macam awak juga saya ada awak , saya sayang awak
selalu nak bersama awak kadangkala terkena juga sebab awak
tapi tak pe saya masih sayang kan awak, gunting tu dalam laci
awak dalam hati... I LOVE U FOREVER
18) jangan cintai aku jika menyusahkamu
jangan rindui aku jika menyeksakan mu
jangan sayangi aku jika memusnahkn hidupmu
tapi bencilah aku jika itu yang kau mau
19) semoga Allah jadikan subuhmu suatu cahaya iman,,
zuhurmu suatu kegembiraan,,
asar mu suatu kebahagiaan,,
maghribmu suatu kemapunan,,
ishakmu suatu keberkatan,,
20) cemburu kerana saya cintakan awak,,
marah karna saya ambil berat tentang awak,,
bermimpi karna saya rindukan awak dan,,
sedih karna saya takut kehilangan awk,,
21) sekotak mancin, secangkir madu,,
selaut kasih, segunung rindu,,
sekalung doa penuh syahdu,,
khas buatmu temen2 ku, huhu..
semoga bahgia dam ceria selalu....
22) 1+1 = 2 mata merenungmu
12+12 = 24 jam fikirkan tentang kamu
3+4 = 7 hari menrinduimu
1+11 = 12 bulan tersebut nama kamu dan
1+0 = 1 hati kecil berdoa agar kamu tidak lupa kan ku..
23) jika diriku tidak kau perlukan lagi.
berkatalah dengan sejujurnya.
walaupun pahit kebenaran.
itu adalah lebih baik daripada sejuta pembohongan.
24) jangan berinta jika tak setia,
jangan ucapkan sayang jika terpaksa,
jangan nmerindu jika hati dahn benci,
jangan pendamkan bila dah jemu,
dan jangan berrahsia jika ada penganti?
25) seorang ibu yang enyuruh anakya untuk melalukan sesuatu, tapi anak berkata harus dengan syarat
> menyapu RM30
> mengemop RM25
> mengemas RM50
setelah itu, ibu menjawabnya
> melahirkanmu bertaruh nyawa... FREE
> merawatmu dalam perut ibu selama 9 bulan secara percuma
> membesarkanmu dengan sekuat tenaga dan ikhlas tanpa rasa lelah... FREE
lalu anak tersebut menangis dan memeluk ibunya.
26) andai hatimu dilukai, maafkan la diriku.
andai tak dapat bersama lagi.
aku harap.
hari ini akan menjadi hari yang terindah bagi kita.
27) janganlah membuat hatimu kesunyian,
jika ada kesunyian, ambillah boyfrieand yang baik, alim, jujur, dan setia pada yang satu,
harap hatimu ceria dan bahagia,
kawan adalah paling penting dalam hidup,
28) cinta itu fanatik, jangan lalukan dengan auomatik,
kalau bertambah latihan matematik kurangkan politik utamakan romantik,
pasti cinta itu akan berputik !!! huhu
29) mengenalimu satu kebetulan,
merinduimu satu kemestian,
mengingatimu satu keindahan,
menyayangimu satu keikhlasan,
melupakanmu adalah satu penderitaan,
30) Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
31) Alang-alang mandi biar guna sabun
32) Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
33) Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
34) Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu
35) Hidup segan mati di tanam
36) Ikut hati mati, ikut rasa merasa
37) Lembu punya susu cap teko dapat nama
38) Sehari selambar benang lama-lama benang habis
39) Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
40) Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
41) Membujur lalu melintang pukang
42) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan
43) Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
44) Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
45) Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
46) Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
47) Secupak takkan jadi 18 cupak
48) Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
49) Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
50) Biar putih tulang, jangan kuning gigi
“Jangan makan ayam dan air Coke, takut nanti ayam ber-coke coke dalam perut”
Ketawa sampai tak kering gusi nampak! Sememangnya ketawa ini boleh menjadi terapi kepada diri kita. Selain itu apa lagi agaknya untuk memanjakan diri ni? Inilah masanya untuk ‘SELF TREAT’
Jangan ingatkan beri hadiah pada orang lain je boleh tau. Sebenarnya kita pun boleh belanja diri sendiri selepas berjaya mengharungi apa jua peristiwa yang menyedihkan dalam hidup kita.
Antara cara yang paling best untuk self treat adalah dengan buat customized gifts. Ya inilah masanya untuk anda menjadi kreatif dan menjadikan hadiah itu edisi terhad. Di Printcious, kami beri peluang anda untuk menjadikan imaginasi anda kepada pelbagai cenderahati seperti mug, kanvas bantal dan banyak lagi. Kami juga sediakan rekaan ready made untuk petikan-petikan menarik. Anda juga boleh pilih ayat lawak yang disenaraikan untuk dijadikan rekaan anda sendiri.