Message us

Diskaun 40% OFF dan
penghantaran percuma atas RM 60 hari ini!


Terma & Syarat

>
Pengenalan
  • Adalah haram untuk menghasilkan tanda dagangan yang tidak berlesen atau logo pada produk di dalam laman web Printcious. Penggunaan eksklusif dan penggunaan semula imej bergantung sepenuhnya pada pemilik asal imej. Sebagai tambahan, bahan hak milik tidak berlesen daripada juru gambar, pereka, penulis karya asal tidak boleh dihasilkan dalam laman web Printcious.
  • Privasi, keselamatan dan kerahsiaan adalah amat penting kepada Printcious Gifts (M) Sdn Bhd. Terma servis (TOS) membantu laman web kami sebagai tempat yang selamat untuk menjalankan urusan pembelian. Anda seharusnya memahami bahawa dalam menggunakan laman web ini anda telah bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan. .
 
Umum
  • Kontrak anda bersama Printcious (PCG). Anda bersetuju bahawa email anda akan digunakan sebagai cara komunikasi. Sekiranya pesanan anda diterima, kami akan menghantar email kepada email anda untuk mengesahkan pembelian anda.
  • Email yang disahkan ini akan mengandungi pelbagai maklumat penting mengenai kontrak anda.
  • PCG tidak menyimpan sebarang maklumat kad kredit dan kami juga tidak akan menyebarkan maklumat peribadi anda seperti informasi kad debit atau kredit kepada pihak ketiga.
  • Anda memahami bahawa segala maklumat yang anda berikan kepada kami untuk tujuan pesanan barangan adalah benar, yang mana kad kredit atau debit tersebut adalah milik anda sendiri dan terdapat dana yang cukup untuk menampung kos pesanan.
  • Hak keperluan anda tidak akan dicerobohi tetapi kesemua pembelian tidak boleh dikembalikan, ditukar atau dialihkan.
  • Laman web ini tidak boleh menghalang anda daripada menggunakan rekaan yang tidak boleh diterima ataupun teks di dalam pesanan anda. PCG mempunyai hak untuk menolak sebarang pesanan yang anda buat dan untuk mengedit/membuang rekaan/teks atau untuk menghubungi anda bagi mendapatkan rekaan yang lain/teks yang dirasakan sesuai sekiranya rekaan/teks tersebut berbaur negatif, tidak sesuai ataupun mencemarkan reputasi PCG atau pihak berkenaan.
  • Kami tidak membuat sebarang semakan ke atas apa juga imej yang anda muat naik ke dalam laman web PCG. Sekiranya anda menggunakan servis kami, anda telahpun mengambil tanggungjawab penuh ke atas segala imej yang telah anda muat naik ke dalam laman web kami.
 
Penghantaran
  • PCG akan membuat penghantaran kepada anda dalam masa 4 - 9 hari berkerja setelah pesanan anda diterima.
  • Cas penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan PCG bergantung kepada tempat ianya dihantar dan mengikut cara pembungkusan yang diminta oleh pelanggan.
  • Untuk memastikan bahawa pelanggan kami menerima barangan mereka pada masa yang cepat, kami akan menggabungkan pesanan yang telah dialamatkan kepada penerima yang sama.
 
Pengembalian
  • Produk PCG mempunyai rekaan yang khusus; justeru kami hanya akan menerima pengembalian produk dalam keadaan yang asal dalam 7 hari penghantaran mengikut budi bicara pihak Khidmat Pelanggan kami dengan syarat bahawa barangan tersebut telah didapati rosak sewaktu penghantaran ataupun barangan tersebut mempunyai kecacatan.
 
Informasi Produk
  • Kesemua produk yang dipaparkan dalam laman web kami adalah sedia untuk jualan. Tetapi dalam waktu tertentu, barangan yang dipaparkan untuk jualan dalam laman web ini adalah bukan untuk jualan. Harga yang tertera di dalam laman web ini ialah dalam mata wang Ringgit Malaysia, Singapore Dollar atau US Dollar bergantung kepada domain yang digunakan oleh pelanggan dan lokasi geografi anda.
 
Ketepatan Warna
  • Kami berusaha untuk memastikan warna cetakan kami menyamai warna pada paparan produk yang terdapat dalam laman web kami. Walaubagaimanapun, warna asal yang anda lihat bergantung kepada jenis monitor komputer anda, justeru kami tidak boleh memberi jaminan bahawa apa jua warna pada paparan monitor komputer anda akan tepat.
  • Kami tidak mempunyai sebarang liabiliti (untuk kerosakan, pengembalian barangan untuk kredit atau sebaliknya) yang mengakibatkan sebarang perbezaan yang terdapat diantara paparan warna dan/atau grafik yang dipaparkan pada monitor anda dan pada hasil produk yang anda beli.
 
Perubahan
  • Kami akan meminda sebarang terma dan syarat dari semasa ke semasa dan akan memaparkan versi baru dalam laman web kami. Sebarang pemindaan yang dibuat akan diberitahu dalam paparan rumah kami www.Printcious.com. Kesemua pembelian pada tarikh pindaan dan seterusnya akan mengikut versi baru tersebut.
 
Liabiliti
  • PCG memastikan bahawa setiap maklumat yang terdapat dalam laman web kami adalah tepat dan benar tetapi kami tidak dapat menjamin bahawa ianya tidak akan mengalami sebarang kesilapan. PCG tidak dapat membuat sebarang jaminan bahawa laman web kami ini bebas daripada serangan virus, trojan, worm dan apa sahaja yang boleh mengancam.
  • PCG tidak akan menerima liabiliti untuk sebarang kesilapan dan mempunyai hak untuk menukar sebarang maklumat, spesifikasi dan penjelasan mengenai barangan yang dipaparkan, produk dan servis kami.
  • PCG akan membuat yang terbaik untuk memperbaiki sebarang kesilapan secepat yang mungkin selepas dimaklumkan.
  • PCG tidak mewakili apa juga kesesuaian mana-mana produk atau servis yang terdapat di dalam laman web ini untuk tujuan tertentu.
  • PCG tidak menerima liabiliti untuk sebarang kehilangan secara terus atau tidak yang disebabkan oleh penggunaan laman web atau apa juga produk atau servis yang dibeli daripada laman web ini.
  • Seksyen Liabiliti ini hanya tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada.
     
Polisi Hak Harta Intelek
  • PCG tidak membenarkan pemilik kedai daripada menggunakan sebarang rencana barangan yang mencabuli pemilik asal, jenama atau hak cipta pihak ketiga. Memandangkan segala proses dilakukan secara automatik, PCG tidak boleh memastikan bahawa hak-hak ini tidak boleh dicabuli pemilik kedai. Justeru, PCG meminta agar semua pemilik asal karya mereka yang merasakan hak harta intelek mereka dicabuli segera memaklumkan kepada syarikat mengenai perkara ini.
  • PCG mempunyai hak untuk terus membuang segala kandungan (grafik, logo, teks, dsbg) yang mencabuli hak harta intelek pemilik asal karya, jenama atau hak cipta. Pemilik kedai haruslah mengemukakan hak pengesahan ke atas hak cipta atau hak untuk menggunakan hak cipta rekaan yang dimuat naik. Ini memerlukan setiap rekaan untuk disemak terlebih dahulu sebelum diterima oleh PCG dan juga pihak ketiga.
  • Sekiranya anda mengesyaki bahawa terdapat pencabulan hak cipta atau hak harta intek, sila hubungi kami. Kami ucapkan terima kasih atas bantuan anda.
 
Penambahan
  • Terma servis kami mengandungi keseluruhan perjanjian antara anda dan PCG yang berkait rapat dengan pembelian anda. Anda bertanggungjawab untuk membaca seluruh maklumat di dalam terma servis ini. Sekiranya terdapat terma yang tidak tepat atau tidak dapat dilaksanakan, terma tersebut akan dibuang dan terma yang lain akan dikekalkan.
Show Sign Up Message
Get Your Cash Voucher
Up to RM 20 Here !