Troli anda kosong. |
Kategori
Reka produk anda dengan reka bentuk anda sendiri.
Pengenalan
Muka laman ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda mengenai koleksi, kegunaan dan pendedahan data peribadi anda apabila anda menggunakan Servis kami dan pilihan anda yang berkaitan dengan maklumat tersebut.
Kami menggunakan maklumat anda untuk memberi dan memperbaiki service. Dengan menggunakan Servis, anda setuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat mengikut polisi ini. Melainkan yang dinyatakan sebaliknya di dalam Dasar Privasi ini, Terma yang digunakan didalam Dasar Privasi ini adalah sama maksudnya seperti Terma Servis kami, boleh dilihat di www.printcious.com
Kami tahu privasi anda adalah penting kepada anda dan Printcious komited dalam melindungi maklumat anda.
Maklumat yang kami perlukan
Di laman kami, kami mengumpul beberapa jenis maklumat untuk pelbagai kegunaan untuk memberikan dan meningkatkan mutu Servis kami kepada anda.
Data Peribadi
Semasa anda membuat pesanan, kami akan bertanya mengenai maklumat perhubungan anda (seperti, nama, alamat penghantaran, dan alamat e-mel). Maklumat yang anda berikan kepada kami digunakan untuk memproses dan memenuhi pesanan anda dan menghubungi anda jika terdapat sebarang masalah dalam proses menyiapkan pesanan anda.
Maklumat Peribadi anda mungkin digunakan untuk berita terkini, pemasaran atau bahan promosi dan maklumat lain yang mungkin minat anda dalam usaha kami berhubungan dengan anda. Anda boleh membuat pilihan untuk tidak menerima apa-apa berita dari kami dengan menyahlanggan.
Walaupun kami berusaha dalam menjaga privasi anda, kami mungkin perlu mendedahkan maklumat peribadi anda apabila diperlukan oleh undang-undang dan apabila kami percaya bahawa tindakan tersebut adalah diperlukan untuk mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah atau proses undang-undang.
Penggunaan Data
Kami juga mengumpul informasi mengenai bagaimana Servis diakses dan digunakan (Penggunaan Data). Di dalam Penggunaan Data ini, mungkin termasuk maklumat seperti alamat Protokol Internet (alamat IP) komputer milik anda, jenis pelayar, versi pelayar, muka laman Servis kami yang anda lawati, masa dan tarikh lawatan anda, masa anda luangkan pada muka laman tersebut, pengenal jenis peranti dan data diagnosis yang lain.
Data Penjejak & Cookies
Untuk menjejak aktiviti di Servis kami, kami menggunakan cookies dan teknologi penjejak yang sama dan memegang maklumat tertentu.
Anda mempunyai kawalan di pelayar anda untuk menolak semua cookies atau menentukan bila cookies dihantar. Untuk perhatian anda jika anda tidak menerima cookies, anda tidak mempunyai akses penuh pada Servis kami.
Apa yang kami lakukan dengan maklumat anda
Maklumat privasi yang anda berikan kepada kami semasa anda membuat pesanan atau menggunakan salah satu servis khas kami digunakan untuk process dan memenuhi pesanan atau pemintaan anda. Maklumat ini mungkin digabungkan dengan maklumat peribadi yang dikenal pasti (seperti maklumat demografik dan sejarah pesanan lampau) yang ada dari rekod kami dan sumber lain. Maklumat tersebut akan digunakan untuk usaha pemasaran kami yang akan datang supaya ia lebih membantu dan sesuai dengan anda.
Walaupun kami berusaha dalam menjaga privasi anda, kami mungkin perlu mendedahkan maklumat peribadi anda apabila diperlukan oleh undang dan apabila kami percaya bahawa tindakan tersebut adalah diperlukan untuk mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah atau proses undang-undang.
Komitmen Kami
Printcious sentiasa komited dalam melindungi privasi anda. Kami menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami, seperti bil, penghantaran & e-mel anda, untuk proses dan memastikan anda dimaklumkan mengenai pesanan anda. Anda mungkin, dari masa ke semasa, menerima maklumat daripada kami mengenai ciri-ciri baru, servis baru dan tawaran khas yang kami rasakan bersesuaian dengan minat anda. Dalam apa jua situasi kami tidak akan menyewa, menjual atau berkongsi alamat e-mel anda dengan mana-mana syarikat lain untuk tujuan pemasaran.
Pembayaran
Kami menyediakan produk berbayar dan /atau servis di dalam Servis. Dalam perkara tersebut, kami menggunakan servis pihak ketiga untuk memproses pembayaran.
Kami tidak akan menyimpan atau mengumpul maklumat kad bayaran anda. Maklumat tersebut akan diuruskan oleh pemproses pembayaran pihak ketiga kami yang menggunakan maklumat peribadi anda dan tertakluk pada Dasar Privasi mereka.
Pemproses pembayaran yang kami gunakan adalah:
Molpay - Untuk pembayaran di Malaysia
iPay88 - Untuk pembayaran di Singapore
Paypal - Untuk transaksi internasional
Perubahan Dasar Polisi ini
Dari masa ke semasa, Dasar Polisi kami mungkin akan berubah dan kami akan menyiarkan kepada anda jika ada sebarang perubahan dengan mengeluarkan Dasar Polisi baru di muka laman ini.
Anda dinasihatkan untuk melihat Dasar Polisi ini secara berkala untuk sebarang perubahan. Perubahan Dasar Polisi ini berkuatkuasa apabila mereka siarkan di muka laman ini.
Pilihan untuk memilih keluar
Jika anda tidak lagi berminat untuk menerima pengumuman dan maklumat permasaran lain dari kami, sila e-mel kan permintaan anda kepada admin@printcious.com. Sila sertakan sekali nama penuh dan alamat surat menyurat (dan juga alamat e-mel anda) yang lengkap jika anda memilih untuk tidak menerima berita daripada kami.
Mengemaskini maklumat peribadi anda
Jika maklumat peribadi anda berubah, kami memberikan anda cara untuk membetulkan, mengemaskini atau membuang maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Anda boleh membuat perubahan yang diperlukan dengan menghubungi bahagian khidmat pelanggan kami melalui e-mel di : admin@printcious.com.