Ucapan selamat pagi mampu membuatkan permulaan anda lebih bermakna. Ini juga salah satu cara untuk membangkitkan semangat anda di pagi hari lebih-lebih lagi ianya diucapkan kepada orang yang tersayang seperti ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan rakan sekerja.
Ucapan selamat pagi ini juga boleh disampankan dengan pelbagai cara. Boleh diucapkan semudah “selamat pagi!”. Anda juga boleh mengucapkan semalam pagi dengan kata-kata yang baik. Bagi orang Islam pula, ucapan yang terbaik adalah doa buat saudara yang lain.
Jika anda seorang yang kreatif, gunakan peluang ini untuk mereka poster ucapan selamat pagi. Ini boleh dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Jika posting anda itu cantik dan bermanfaat, akan lebih ramai oang yang akan berkongsi poster anda itu.
Bukan sahaja ucapan selamat pagi mampu mengubah mood anda. Tetapi tahu atau tidak jika anda bangun pagi, banyak manfaat yang anda dapat untuk kebaikan fizikal dan mental anda.
10 Kebaikan Bangun Awal Pagi
1. Jika anda seorang pelajar, bangun awal pagi dapat membantu anda untuk lebih fokus dalam pembelajaran.
2. Seseorang akan lebih proaktif dalam melakukan urusan harian.
3. Anda mampu merancang hari anda dan mengurusakan masa dengan lebih baik.
4. Mempunyai masa untuk bersenam. Senaman yang dilakukan di pagi hari adalah lebih baik untuk imunisasi badan.
5. Kajian dari Randler juga menunjukkan, mereka yang mengamalkan tabiat bangun awal pagi berupaya menangani masalah dengan lebih efisien.
6. Jika anda bangun awal pagi, sudah pasti juga anda tidur awal pada malamnya. Ini akan memberikan anda tidur yang lebih berkualiti.
7. Mereka yang mempunyak tabiat bangun awal pagi lebih gembira, optimis, positif, rajin dan teratur.
8. Bagi anda yang bekerja, jika anda bangun pada awal pagi, ia akan membantu anda untuk elakkan diri daripada terburu-buru.
9. Sarapan adalah sangat penting untuk seseorang. Jadi kita anda bangun awal dan bersarapan, ianya baik untuk proses penghadaman anda.
10. Bagi orang Islam, bangun awal pagi membolehkan kita menjalankan ibadah seperti solat sunat fajar, solat sunar tahajjud dan berzikir sebelum menunaikan solat fardhu subuh.
Banyak lagi sebenarnya manfaat yang boleh diperoleh daripada bangun pada awal pagi. Anda perlu merasainya sendiri. Percayalah anda akan berasa nikmat bangun pagi itu. Jika anda gembira dan bersemangat, anda juga boleh mengucapkan selamat pagi dengan lebih ceria. Oleh itu, dalam perkongsian ini, terdapat 65 ucapan, pantun dan doa yang boleh diamalkan setiap pagi.
1. Sahabat sejati umpama bintang di langit. Kamu tidak selalu melihatnya, tetapi aku tahu aku sentiasa tersemat di hatimu.
2. Selamat Pagi Sahabatku! Burung-burung yang berkicauan pagi ini mengingatkan tentang persahabatan sejati kita yang penuh dengan suka duka.
3. Setiap pagi membawa kita harapan dan peluang baru. Jangan biarkan pagi yang indah ini berlalu pergi oleh mimpi yang lena.
4. Setiap hari penuh bermakna dalam hidupku andainya kamu memberi peluang kepada diriku untuk sentiasa berada di sisimu.
5. Suria yang menyinari hari ini akan lebih bermakna dengan senyumanmu yang selalu terpahat di kalbu ku.
Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Kalau hidup sentiasa malas,
Sampai bila takkan berjaya.
Mentari pagi terbit ditimur,
Burung-burung tebar berkicauan
Semakin hari bertambah umur,
Gunalah untuk perkara kebaikan.
Pergi ke sawah menanam pagi,
Pulang ke rumah lewat petang
Moga hidup sentiasa diberkati
Agar diri dikenang orang.
Pagi indah cuaca nyaman,
Udara segar sinar mentari,
Selamat pagi saya ucapkan,
Semoga hidup sentiasa diberkati.
Pagi hari menabur padi,
Benih disemai sebagai bekalan,
Saya ucapkan selamat pagi,
Sinari hari dengan senyuman.
Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan,
Saya ucapkan selamat pagi,
Moga hidup sejahtera dan aman.
“Ya Allah! Kurniakan kepada kami dari sisiMU petunjuk, Tunjukkanlah kami jalan kebaikan, Sesungguhnya ketakwaan kepada Allah adalah cahaya, dan menuju jalan kejayaan.”
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan keselamatan dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aibku) dan berilah ketenteraman di hatiku.”
“Ya Allah, Permudahkanlah segala urusan kami pada hari ini. Berikanlah kami rezeki yang mencurah-curah dan rezeki yang berkat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”
“Ya Allah! Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMu, Kecantikannya KecantikanMu, Keindahannya KeindahanMu, Kekuatannya KekuatanMu, Kekuasaannya KekuasaanMu, Perlindungannya PerlindunganMu,
Ya Allah! Jika rezeki masih di langit, turunkanlah; Jika di bumi, keluarkanlah; Jika sukar, permudahkanlah; Jika haram, sucikanlah; Jika jauh, dekatkanlah; Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”
Itulah antara ucapan selamat pagi yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Ucapkanlah ia kepada sesiapun, pasti mereka sangat hargainya.
Jika anda ingin jadikan ucapan selamat pagi ini lebih bermakna, setiap ungkapan itu kini boleh dizahirkan pada cenderahati. Boleh lah lepas ni jadikan ucapan selamat pagi sebagai hadiah kepada yang tersayang.
“Macam mana nak dapatkannya?”
Di Printcious, kami menyediakan pelbagai ‘customized gifts’ untuk anda berikan kepada kenalan anda. Pelbagai jenis cenderahati yang anda boleh pilih seperti t-shirt, mug, tote bag dan pelbagai lagi hadiah lain. Waktu inilah anda ingin menonjolkan kreativiti anda dengan membuat lukisan sendiri ataupun apa sahaja jenis ucapan selamat pagi yang tersenarai dalam artikel ini.
Tidak ketinggalan rekaan ready made seperti seni abstrak, quotes dan pelbagai lagi. Jadikan pagi anda lebih indah bersama secawan kopi dan bermacam jenis hiasan sebagai koleksi peribadi anda.