Message us

Diskaun 40% OFF dan
penghantaran percuma atas RM 60.00 hari ini!


Serlahkan Personaliti Anda Melalui Button Badge Kami

REKA BUTTON BADGE ANDA SENDIRI DI PRINTCIOUS HANYA DI MALAYSIA

Button badge ataupun lencana butang bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Baik muda mahupun tua, button badge digunakan dengan cukup meluas untuk pelbagai tujuan. Untuk sesetengah pengguna, button badge rekaan khas adalah sangat berguna untuk menyerlahkan personaliti seseorang dengan pelbagai rekaan yang comel serta menarik buat sesiapa sahaja yang menggemarinya.

Justeru, kami mengetengahkan suatu penyelesaian buat anda yang idamkan sesuatu yang kreatif dengan menghasilkan sendiri button badge anda dengan mudah secara atas talian. Walaupun terdapat lambakan rekaan button badge di mana-mana kedai di seluruh Malaysia tetapi kami memberikan kepada anda sebuah button badge khusus yang anda boleh reka sendiri dengan minat dan pilihan anda. Untuk sebab ini, pakar kami telah memilih pelbagai rekaan untuk memenuhi cita rasa anda tidak kira lelaki mahupun perempuan. Atau anda sendiri boleh mereka button badge di laman web kami. 

Susah ke nak buat button badge? Tidak, dengan menggunakan online design tools kami, anda boleh menghasilkan rekaan button badge anda semudah ABC. Prosesnya tidak memakan masa dan anda boleh melihat bagaimana rekaan anda dihasilkan melalui paparan previu kami. Mudah sahaja, anda boleh memilih daripada beratus rekaan template tersedia di laman web kami dan pilih button badge yang anda inginkan seperti metal pin badges kami. Anda hanya memerlukan komputer dan sambungan Internet sahaja.

Kami bukan sahaja memberikan anda peluang untuk menghias button badge anda sendiri tetapi kami turut menyediakan button badge istimewa seperti button badge magnetik yang anda boleh gunakan untuk mendekorasi peti sejuk anda mahupun apa jua permukaan besi. Nak tahu lagi? Button badge kami juga boleh digunakan sebagai pembuka botol. Yang istimewanya, anda boleh mencetak gambar anda sendiri pada button badge ini.

Inginkan servis percetakan lanyard or percetakan pad tetikus dengan harga yang cukup berpatutan? Kami ada penyelesaiannya. Dapatkan produk terbaik hanya dari kami di Printcious. 

Show Sign Up Message
Get Your Cash Voucher
Up to RM 60 Here !